حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ وَغَيْرُهُ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَسْوَدِ وَقَالَ اللَّيْثُ عَنْ أَبِي الْأَسْوَدِ قَالَ قُطِعَ عَلَى أَهْلِ الْمَدِينَةِ بَعْثٌ فَاكْتُتِبْتُ فِيهِ فَلَقِيتُ عِكْرِمَةَ فَأَخْبَرْتُهُ فَنَهَانِي أَشَدَّ النَّهْيِ ثُمَّ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَنَّ أُنَاسًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ كَانُوا مَعَ الْمُشْرِكِينَ يُكَثِّرُونَ سَوَادَ الْمُشْرِكِينَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى فَيُصِيبُ أَحَدَهُمْ فَيَقْتُلُهُ أَوْ يَضْرِبُهُ فَيَقْتُلُهُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى { إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمْ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ {
Maksudnya:
Telah
menceritakan kepada kami ['Abdullah bin Yazid] telah menceritakan kepada kami
[Haiwa] dan lainnya mengatakan, telah menceritakan kepada kami [Abul Aswad] dan
[Al Laits] mengatakan dari [Abul aswad] mengatakan 'Ada sekelompok tentera
dibentuk untuk menyerang penduduk Madinah (muslimin) dan namaku berada dalam senarai. Selepas itu, aku bertemu ['Ikrimah] dan ku utarakan nasibku, lantas
dia melarangku secara serius kemudian mengatakan, [Ibnu Abbas] mengabariku
bahawa beberapa orang muslimin ikut serta pasukan musyrik sekadar untuk menambah
jumlah pasukan demi melawan Rasulullah s.a.w, lantas
sebahagian mereka terkena anak panah sehingga meninggal, dan sebahagian mereka
terkena luka senjata sehingga tewas, maka Allah s.w.t menurunkan ayat sebagai jawapan
nasib mereka; Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan Allah dalam keadaan
menganiaya diri mereka sendiri, " dan seterusnya sampai akhir ayat
QS.Annisa 97.
(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab
باب مَنْ كَرِهَ أَنْ
يُكَثِّرَ سَوَادَ الْفِتَنِ وَالظُّلْمِ , No hadith: 7085,
Status Hadith: Sahih)
Faedah
Daripada Hadith:
Daripada hadith ini dapat disimpulkan bahawa, berpegang teguh dengan akidah dapat mengelakkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Selain itu, dapat memupuk sikap
sentiasa berani dan berjihad ke jalan Allah SWT demi menegakkan agama Islam
iaitu agama yang benar. Dan Tidak bersikap berpura-pura dan sentiasa jujur
serta amanah dalam menegakkan agama Allah SWT.
Rujukan:
Ibnu
Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari .
Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam.
Kitab al-Fitan. Bab 12. Halaman (123-124).
No comments:
Post a Comment