حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،. قَالَ إِبْرَاهِيمُ وَحَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِه
Maksudnya:
Muhammad
bin Ubaidullah telah menceritakan kepada kami, Ibrahim bin Sa’d telah
menceritakan kepada kami, daripada bapanya, daripada Abu Salamah bin Abdul
Rahman daripada Abu Hurairah (ح). Ibrahim berkata,
Shalih bin Kisan telah menceritakan kepada kami, daripada Ibnu Syihab, daripada
Sa’id bin Musayyab, daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW
bersabda, “Akan ada fitnah-fitnah, di mana orang yang duduk lebih baik daripada
orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan,
dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari dalam fitnah
tersebut. Barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, maka fitnah itu akan
mempengaruhinya. Barangsiapa mendapatkan tempat berlindung, maka dia sebaiknya
berlindung di tempat tersebut.”
(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Fitnah Orang yang Duduk Lebih Baik Daripada Orang yang Berdiri , No hadith: 7081, Status Hadith: Sahih)
Faedah Daripada Hadith:
Melalui hadith ini, kita dapat memupuk sikap berwaspada dan berhati-hati dalam diri sendiri agar terhindar dari sebarang fitnah.
Sentiasa bijak dalam membuat keputusan iaitu menyebelahi pihak yang benar kepada perkara yang benar dan tepat dan tidak akan menyebelahi pihak yang tidak benar kepada perkara yang tidak benar.
Tidak mudah terpengaruh dan berburuk sangka kepada perkara-perkara yang membawa kepada unsur-unsur kekeliruan.

RUJUKAN
Ibnu
Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari .
Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam.
Kitab al-Fitan. Bab 9. Halaman 94, 97, 99 & 100.
No comments:
Post a Comment