حَدَّثَنَا
الْحُمَيْدِيُّ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ الْعَلاَءِ بْنِ زَبْرٍ، قَالَ سَمِعْتُ بُسْرَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ، أَنَّهُ
سَمِعَ أَبَا إِدْرِيسَ، قَالَ سَمِعْتُ عَوْفَ بْنَ مَالِكٍ، قَالَ أَتَيْتُ
النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ، وَهْوَ فِي قُبَّةٍ مِنْ
أَدَمٍ فَقَالَ "
اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ، مَوْتِي، ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ،
ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ، ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ
الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى الرَّجُلُ مِائَةَ دِينَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا، ثُمَّ
فِتْنَةٌ لاَ يَبْقَى بَيْتٌ مِنَ الْعَرَبِ إِلاَّ دَخَلَتْهُ، ثُمَّ هُدْنَةٌ
تَكُونُ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ بَنِي الأَصْفَرِ فَيَغْدِرُونَ، فَيَأْتُونَكُمْ
تَحْتَ ثَمَانِينَ غَايَةً، تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا ".
)البخاري ، كتاب
الجزية ، باب ما يحذر من الغدر ، رقم2940(
Maksudnya:
Daripada Bukhari dengan sanad daripada Auf bin Malik berkata: "Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: "Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari Kiamat; iaitu kematianku, kemudian pembebasan Baitul Maqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitul Maqdis), kemudian kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba, kemudian melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun ia masih marah (merasa kurang), kemudian timbulnya fitnah sehingga tidak ada satupun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya, kemudian perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri dari dua belas ribu (12,000) tentera".
KETERANGAN HADITH:
Berdasarkan fakta sejarah, tentera Islam berjaya menakluk Baitul Maqdis
pada tahun 638M (16H) semasa zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA. Namun pada
tahun 1099M, tentera Salib berjaya merampas Baitul Maqdis dari tangan umat
Islam sehinggalah muncul Salahuddin al-Ayyubi yang berjaya menewaskan mereka
dan menawan semula Baitul Maqdis pada tahun 1187M (583H). Berdasarkan realiti
semasa pula, Baitul Maqdis kini tidak lagi dikuasai umat Islam dan berada di
bawah kekuasaan tentera Israel. Mereka mengawalnya
secara ketat dan umat Islam tidak mempunyai kebebasan mutlak terhadapnya. Maka,
hadis di atas dan hadis sebelumnya membuktikan pembebasan atau pemakmuran
Baitul Maqdis itu akan berlaku apabila menjelang hampirnya hari Kiamat.
ستا (Enam). Maksudnya,
enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat, atau tampak tanda-tanda yang mendekati
terjadinya Kiamat.
ثم موتان (Kemudian kematian). Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”. Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.
كعقاص الغنم (sama seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Inbu Faris berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah pembebasan Baitul maqdis.
ثم استفاضة المال( kemudian harta melimpah). Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
هدنة(perdamaian). Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan berhenti.
Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari Penjelasan
Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm 870-875
Tarikh al-Umam wa
al-Muluk – Muhammad bin Jarir al-Tabari, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,
1407H, 2/448-450.
Perang Salib Dan
Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi Mengembalikan Islamicjerusalem Kepada Umat Islam -
Mohd Roslan Mohd Nor & Nor Shakila Mohd Noor, Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7 (1)
2012, hlm. 61-74.
No comments:
Post a Comment