حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ " وَهُوَ مُسْتَقْبِلٌ الْمَشْرِقَ يَقُولُ : أَلَا إِنَّ الْفِتْنَةَ هَا هُنَا مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ .
Maksudnya:
Qutaibah bin Said telah menceritakan kepada
kami, al-Laith telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibn
Umar r.a, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda sambil menghadap ke
Timur (Masyriq) kemudian bersabda: “Fitnah muncul dari arah ini, dari tempat
keluarnya tanduk syaitan”.
(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Fitnah Muncul
dari Arah Timur ( Masyriq ), No hadith: 6564, Status Hadith: Sahih)
Faedah Daripada Hadith:
Munculnya kaum Tatar pada abad ke tujuh belas Hijriyyah dari arah timur. Dengan sebab tangan-tangan merekalah terjadi banyak penghancuran, pembunuhan sebagaimana yang telah dimuatkan dalam buku- buku sejarah.
Sehingga saat ini sentiasa timur menjadi sumber fitnah, bid’ah, khurafat, dan atheisme. Fahaman komunis yang tidak mengakui adanya tuhan berpusat di negara Rusia dan Cina, keduanya ada di arah timur, dan datangnya Dajjal serta Yakjuj dan Makjuj dari arah timur. Hanya kepada Allah kita memohon perlindungan dari segala fitnah yang nampak secara zahir dan tersembunyi.
Sebahagian fitnah merupakan tanda-tanda kiamat yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW seperti peristiwa Siffin dan juga munculnya kaum Khawarij.
Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 16. Halaman 149-157.
No comments:
Post a Comment