حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ،
- وَاللَّفْظُ لاِبْنِ أَبِي عُمَرَ - قَالاَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ
الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " قَدْ مَاتَ كِسْرَى فَلاَ كِسْرَى بَعْدَهُ وَإِذَا هَلَكَ
قَيْصَرُ فَلاَ قَيْصَرَ بَعْدَهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُنْفَقَنَّ
كُنُوزُهُمَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ " .
Maksudnya:
Amru
bin al-Naqid dan Ibn Abi Umar telah menceritakan kepada kami, keduanya berkata,
Sufyan telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada Said bin
al-Musayyab daripada Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jika
Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya. Dan jika
Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya.
Demi Zat yang diriku ada dalam genggaman tangan kuasa-Nya ,sungguh harta
kekayaan keduanya akan diinfakkan di jalan Allah”.
(Sumber: Sahih Muslim, Kitab Fitan, Bab بَاب لَا تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ
يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ, No Hadith: 2918, Status Hadith: Sahih)
Faedah
Daripada Hadith:
Latar
belakang hadith ini ialah disebabkan kebimbangan suku Quraish yang sejak dulu
menjalin hubungan perdagangan dengan Syam dan Iraq. Mereka bimbang disebabkan
mereka memeluk Islam hubungan perdagangan mereka terputus. Oleh itu, Nabi SAW
menegaskan dan meyakinkan mereka serta memberi khabar gembira pada mereka
melalui hadith ini bahawa kekuasaan parsi dan Byzantium akan segera berakhir.
Umat
Islam perlu percaya dan sedar bahawa setiap kata-kata nabi s.a.w adalah benar
dan peristiwa yang digambarkan Rasulullah akan benar-benar terjadi. Golongan
kafir akan mengalami kejatuhan akhirnya seperti mana yang digambarkan di dalam
hadith.
Rujukan:
Imam
al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah:
Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2918. Halaman: 1169.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 42-43.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 42-43.
No comments:
Post a Comment