Tuesday, April 28, 2015

TUNDUKKAN PANDANGANMU: ELAKKAN BERLAKUNYA FITNAH




حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ، حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ ". فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ، إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا. قَالَ " فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا " قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ " غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلاَمِ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ، وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ ".

Maksudnya :
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian duduk duduk di pinggir jalan ". Mereka berkata: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi majlis tempat kami berbincang-bincang". Baginda bersabda: "Jika kalian tidak mahu meninggalkan majlis seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, tidak melakukan gangguan, menjawab salam dan amar makruf nahi mungkar".

(Sumber: Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Duduk Di Halaman Rumah Dan Jalan-Jalan, No Hadith: 2465, Status Hadith: Sahih).

Faedah Daripada Hadith :
Dalam hadith ini dapat difahami bahawa larangan yang diberikan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat tanzih (menjauhi perkara yang dibenci atau tidak baik), agar orang yang duduk tidak merasa risau untuk menunaikan kewajipannya. Adapun perintah untuk menundukkan pandangan adalah isyarat untuk menghindari fitnah iaitu godaan yang ditimbulkan oleh orang yang melalui jalan tersebut seperti wanita. Sedangkan perintah untuk tidak melakukan gangguan adalah sebagai isyarat untuk menjauhkan diri dari perbuatan menghina dan membicarakan keburukan orang lain. Lalu perintah menjawab salam adalah isyarat untuk menghormati orang yang melalui jalan tersebut. Sementara amar makruf nahi mungkar adalah isyarat untuk menerapkan semua yang disyariatkan dan meninggalkan semua yang tidak disyariatkan. Antara pengajaran yang dapat diambil daripada hadith ini ialah:

  1. Menundukkan pandangan terutamanya terhadap wanita agar tidak menimbulkan fitnah.
  2. Menjaga pandangan agar tidak menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
  3. Memberi dan menjawab salam sebagai cara menghormati orang lain.
  4. Melakukan amar makruf dan mengelakkan nahi mungkar.

RUJUKAN
Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 22. Halaman 54-57.


Monday, April 27, 2015

GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH



حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلاَ خَيْرَ فِيكُمْ لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Bapanya ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghinakannya tidak akan membahayakan mereka hingga terjadi hari kiamat.”

(Sumber:Sahih Muslim, Kitabul Imarah, Bab باب مَا جَاءَ فِي الشَّامِ No Hadith: 3544, Status Hadith: Sahih)
(Sumber: Tirmidhi, Kitab Fitan, Bab باب مَا جَاءَ فِي الشَّامِ , No Hadith: 2192, Status Hadith: Hasan Sahih)



Faedah Daripada Hadith:
1. Akan adanya sekelompok umat Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa membela sunnahnya dan berpegang kepada kebenaran di setiap zaman, semoga kita termasuk dalam golongan mereka. 

2. Golongan yang mendapat pertolongan ini akan terus berjalan dan menebar walaupun dicemuh oleh orang yang membenci ahli ibadat.

3. Golongan ini akan ditolong oleh Allah dari segi kekuatan fizikal dan kekuatan hujah dan keterangan.

4. Golongan ini akan ada sampai ditiupkan angin yang lembut yang mencabut nyawa setiap muslim sebelum ditiupnya sangkakala.


Rujukan:

Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur.

KEZALIMAN ADALAH KEGELAPAN PADA HARI KIAMAT



حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْمَاجِشُونُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ".
 
 Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus, telah menceritakan kepada kami 'Abdul' Aziz Al Majisyun, telah menkhabarkan kepada kami 'Abdullah bin Dinar, dari' Abdullah bin 'Umar r.a, dari Nabi SAW: "Kezaliman akan mendatangkan kegelapan pada hari kiamat".

(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat, No Hadith: 2447, Status Hadith: Sahih).


Faedah Hadith:

Hadith ini melarang untuk bebuat zalim kepada manusia lain kerana kezaliman terhadap manusia adalah lebih besar dosanya berbanding perbuatan zalim yang lain. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penindasan kepada orang yang lemah serta tidak berkemampuan untuk membela dirinya. Hadith ini juga membuktikan bahawa orang yang bertakwa tidak akan melalukan perbuatan terkutuk itu kepada saudaranya sendiri. Sesungguhnya hati yang gelap tanpa cahaya ketakwaan akan suka untuk melalukan kejahatan dan kezaliman

Rujukan:

(Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 8. Halaman 19-20).

 

.


CEMBURU MELIHAT ORANG DI DALAM KUBUR



حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ ".


(كتاب الفتن, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُغْبَطَ أَهْلُ الْقُبُورِ, ٧١١٥, حديث صحيح)




Maksudnya:
Ismail telah menyampaikan kepada kami, Malik telah menyampaikan kepada kami, dari Abi Zinad, dari al-A’raj, dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW berkata: “Tidak terjadi kiamat sehingga seorang lelaki lalu di kuburan lelaki lain kemudian dia berkata: “Aduhai, sekiranya akulah yang berada ditempatnya ini.”

Faedah Daripada Hadith:

1. Manusia akan memilih untuk mati daripada hidup. Kenapa? Jawapannya kerana keadaan ketika itu yang serba kacau dan meresahkan. Masyarakat tidak tenteram kerana banyak kecurian, penculikan, penindasan, pembunuhan dan sebagainya.

2. Orang yang di timpa penyakit, ditindas, dihina dan sebagainya tentunya akan memilih untuk segera mati daripada hidupnya menderita.

3. Orang yang cemburu melihat mayat di dalam kubur kerana melihat dia tenang dan tidak menghadapi masalah lagi. Sebenarnya kubur itu Nampak sahaja tenang tetapi orang yang berada di dalamnya kemungkinan meronta-ronta menghadapi seksaan kubur.

4. Kesimpulannya, di akhir zaman ini banyak berlakunya fitnah sehingga orang yang melihat kubur akan bercita-cita seandainya dialah yang berada di dalamnya. 
Terdapat tanda-tanda berlakunya kiamat sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith, hanya manusia sahaja yang belum mengambil iktibar daripadanya. Terus bersabar dan tetap berada di jalan Allah walaupun dalam keadaan senang mahupun susah. Sentiasa meningkatkan tahap keimanan di dalam diri setiap umat Islam agar kita bersama-sama dapat terhindar daripada fitnah.


Rujukan:

Ibnu Hajar al-Asqalani. Fathul Baari Bi Sharh Shahih al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Ma’rifah : Beirut. Kitab 92. Bab 22. No. Hadith 7115. Halaman: 74- 76.


Drs. H. Syahrin Nasution. 2003. 50 Hadis Menceritakan Dunia Akhir Zaman. Pustaka Syuha: Kuala Lumpur. Halaman: 111 – 112.


PERANG DI SEKITAR SUNGAI FURAT KERANA MEREBUT KEKAYAAN


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، - يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ - عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي... أَنْجُو " .

(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ,٢٨٩٤, صحيح مسلم)


Maksud Hadith :
"Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berlaku hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, iaitu sebuah sungai yang terdapat di Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung emas. Banyak orang yang terbunuh karena berebut mrndapatkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata. “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu. “Di dalam riwayat lain disebutkan: “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut. ” (HR Muslim)



Faedah Daripada Hadith :


Hadis ini jelas sekali menerangkan kepada kita, di negara Iraq dan sekitarnya akan tersebar peperangan yang disebabkan merebut harta kekayaan yang terdapat di tempat tersebut, banyak yang menjadi korban dan semua yang terlibat bercita-cita hanya dia akan terselamat dari bala tersebut.

Mendidik hati agar tidak taksub kepada harta dunia, dan sentiasa berdoa agar dihindari daripada fitnah harta.

Perpada-pada dalam mencari harta di dunia, ia perlu diseimbangkan dengan amalan ibadah kepada Allah sebagai bekalan di Akhirat.

Rujukan :

Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 8. No. Hadith 2894. Halaman: 1160.

Abu Ali al-Banjari An-Nadwi. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. 2000. Khazanah Banjariah : Kedah. Halaman 69-70.

KEMUNCULAN FITNAH


حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الأَعْلَى، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ، وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ، وَيُلْقَى الشُّحُّ، وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ". قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ. قَالَ " الْقَتْلُ الْقَتْلُ ".
وَقَالَ شُعَيْبٌ وَيُونُسُ وَاللَّيْثُ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.


(كتاب الفتن, باب ظُهُورِ الْفِتَنِ, 7061, حديث صحيح)


Maksudnya:
A’yashu Bin Walid telah menceritakan kepada kami, Abdul A’la telah mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Al-Zuhri, daripada Said, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “waktu berdekatan, amalan semakin berkurang, kekikiran semakin dipraktikkan, munculnya fitnah dan banyak terjadi harj.” Mereka yakni para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan harj itu?” beliau bersabda, “pembunuhan pembunuhan.”
Syu’aib, Yunus, Al-Laits dan putra saudara al-Zuhri berkata, “Dari Al-Zuhri, dari Humaid, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW.

(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Kemunculan Fitnah, No Hadith: 7061, Status Hadith: Sahih)


Keterangan hadith :

Di dalam hadis ini Rasulullah memperkatakan mengenai kemunculan fitnah yang membawa kepada huru-hara dalam masyarakat. Perbuatan memfitnah itu lahir dari dalam hati individu yang penuh dengan sifat negatif dan keji seperti hasad, iri hati dan dendam. Masalah itu bermula daripada hati yang menjadi ‘dasar’ kepada setiap tindak tanduk manusia. Jika dilihat kepada sirah Rasulullah s.a.w serta keluarganya, Ummu al-Mukminin Saidatina Aisyah r.a tidak terlepas dari menghadapi ujian fitnah. Allah s.w.t merakamkan peristiwa ini menerusi firman-Nya dalam surah an-Nuur, ayat 11.

 Pengajaran Hadith:

1. Dosa membuat fitnah adalah dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan di ampunkan oleh Allah memlainkan orang yang difitnah itu yang memberikan keampunan.


2. Perbuatan fitnah adalah perbuatan mengadu-domba yang mudah mengakibatkan permusuhan diantara dua pihak yang dikaitkan dengan sesuatu fitnah.

3. Kita perlu sentiasa memperbaiki amalan ke arah kebaikan.



Rujukan:

Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Bi Sharh Shahih Al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Makrifah: Beirut. Kitab 92. Bab 5. Halaman 13-19.