حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، - يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ - عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي... أَنْجُو " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ
حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ,٢٨٩٤, صحيح مسلم)
Maksud Hadith :
"Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak
berlaku hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, iaitu sebuah
sungai yang terdapat di Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah
gunung emas. Banyak orang yang terbunuh karena berebut mrndapatkannya. Maka
terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan
masing-masing yang terlibat berkata. “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat
itu. “Di dalam riwayat lain disebutkan: “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai
Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka
siapa sahaja yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun dari harta
tersebut. ” (HR Muslim)
Faedah Daripada Hadith :
Hadis ini jelas sekali menerangkan kepada kita, di negara Iraq dan sekitarnya
akan tersebar peperangan yang disebabkan merebut harta kekayaan yang terdapat
di tempat tersebut, banyak yang menjadi korban dan semua yang terlibat
bercita-cita hanya dia akan terselamat dari bala tersebut.
Mendidik hati agar tidak taksub kepada harta dunia, dan sentiasa berdoa agar
dihindari daripada fitnah harta.
Perpada-pada dalam mencari harta di dunia, ia perlu diseimbangkan dengan amalan ibadah kepada Allah sebagai bekalan di Akhirat.
Perpada-pada dalam mencari harta di dunia, ia perlu diseimbangkan dengan amalan ibadah kepada Allah sebagai bekalan di Akhirat.
Rujukan :
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar
Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 8. No. Hadith 2894. Halaman: 1160.
Abu Ali al-Banjari An-Nadwi. 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman. 2000. Khazanah
Banjariah : Kedah. Halaman 69-70.
No comments:
Post a Comment