حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الأَعْلَى، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ، وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ، وَيُلْقَى الشُّحُّ، وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ". قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ. قَالَ " الْقَتْلُ الْقَتْلُ ".
وَقَالَ شُعَيْبٌ وَيُونُسُ وَاللَّيْثُ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.
(كتاب الفتن, باب ظُهُورِ الْفِتَنِ, 7061, حديث صحيح)
Maksudnya:
A’yashu Bin Walid telah menceritakan kepada kami, Abdul A’la telah mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Al-Zuhri, daripada Said, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “waktu berdekatan, amalan semakin berkurang, kekikiran semakin dipraktikkan, munculnya fitnah dan banyak terjadi harj.” Mereka yakni para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan harj itu?” beliau bersabda, “pembunuhan pembunuhan.”
Syu’aib, Yunus, Al-Laits dan putra saudara al-Zuhri berkata, “Dari Al-Zuhri, dari Humaid, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW.
(Sumber: Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab Kemunculan Fitnah, No Hadith: 7061, Status Hadith: Sahih)
Keterangan hadith :
Di dalam hadis ini Rasulullah memperkatakan mengenai
kemunculan fitnah yang membawa kepada huru-hara dalam masyarakat. Perbuatan
memfitnah itu lahir dari dalam hati individu yang penuh dengan sifat negatif
dan keji seperti hasad, iri hati dan dendam. Masalah itu bermula daripada hati
yang menjadi ‘dasar’ kepada setiap tindak tanduk manusia. Jika dilihat kepada
sirah Rasulullah s.a.w serta keluarganya, Ummu al-Mukminin Saidatina Aisyah r.a
tidak terlepas dari menghadapi ujian fitnah. Allah s.w.t merakamkan peristiwa
ini menerusi firman-Nya dalam surah an-Nuur, ayat 11.
Pengajaran Hadith:
1. Dosa membuat fitnah adalah dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan di ampunkan oleh Allah memlainkan orang yang difitnah itu yang memberikan keampunan.
2. Perbuatan fitnah adalah perbuatan mengadu-domba yang mudah mengakibatkan permusuhan diantara dua pihak yang dikaitkan dengan sesuatu fitnah.
3. Kita perlu sentiasa memperbaiki amalan ke arah kebaikan.
Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Bi Sharh Shahih Al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Makrifah: Beirut. Kitab 92. Bab 5. Halaman 13-19.
No comments:
Post a Comment