حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ يُشِيرُ أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ بِالسِّلاَحِ، فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ يَنْزِعُ فِي يَدِهِ، فَيَقَعُ فِي حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ ".
Maksudnya:
Muhammad
telah menceritakan kepada kami, Abdul al-Razzaq telah mengkhabarkan kepada
kami, daripada Ma’mar, daripada Hammam, aku mendengar Abu Huraira daripada Nabi
SAW bersabda : “Janganlah seseorang mengarahkan senjatanya kepada saudaranya
sesama muslim, kerana dia tidak tahu syaitan akan mempengaruhinya sehingga dia
akan membunuh saudaranya itu, lalu dia akan masuk neraka.”
(Sumber:
Sahih Bukhari, Kitab Fitan, Bab باب قَوْلِ النَّبِيِّ
صلى الله عليه وسلم " مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا
", No hadith: 7072)
Faedah
Daripada Hadith:
Dalam
hadith ini terdapat larangan melakukan sesuatu yang dapat mendorong seseorang
kepada perbuatan terlarang meskipun larangan itu belum pasti dilakukan, baik
dia bersungguh-sungguh atau pun hanya bergurau.
Sebagaimana
yang disebut dalam hadith Abu Hurairah yang bermaksud “Para malaikat melaknat
salah seorang kamu jika menunjuk ke arah orang yang lain dengan besi tajam
meskipun itu adalah saudaranya sebapa dan seibu.”
Oleh
itu, kita dilarang untuk bermain-main dengan alat yang tajam walaupun tanpa
sebarang niat yang jahat kerana dikhuatiri akan terdorong dengan bisikan syaitan.
Kita
ditegah untuk menyakiti sesama muslim yang lain dalam pelbagai aspek sekalipun
dan dengan cara apa pun. Pengharaman memerangi orang muslim dan membunuhnya
serta ancaman keras tentangnya.
Rujukan:
Ibnu
Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari .
Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam.
Kitab al-Fitan. Bab 7. Halaman 72-80.
No comments:
Post a Comment