حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ
فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ، حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ
أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله
عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ
عَلَى الطُّرُقَاتِ ". فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ، إِنَّمَا هِيَ
مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا. قَالَ " فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ
فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا " قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ
" غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلاَمِ، وَأَمْرٌ
بِالْمَعْرُوفِ، وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ ".
Maksudnya :
Dari Abu Sa'id Al
Khudri r.a, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian duduk duduk di
pinggir jalan ". Mereka berkata: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa
kami lakukan kerana itu menjadi majlis tempat kami berbincang-bincang".
Baginda bersabda: "Jika kalian tidak mahu meninggalkan majlis seperti itu
maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan
itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, tidak melakukan
gangguan, menjawab salam dan amar makruf nahi mungkar".
(Sumber: Kitab Perbuatan
Aniaya, Bab Duduk Di Halaman Rumah Dan Jalan-Jalan, No Hadith: 2465, Status Hadith: Sahih).
Faedah Daripada Hadith :
Dalam hadith ini
dapat difahami bahawa larangan yang diberikan oleh Rasulullah SAW adalah
bersifat tanzih (menjauhi perkara yang dibenci atau tidak baik), agar orang
yang duduk tidak merasa risau untuk menunaikan kewajipannya. Adapun perintah
untuk menundukkan pandangan adalah isyarat untuk menghindari fitnah iaitu
godaan yang ditimbulkan oleh orang yang melalui jalan tersebut seperti wanita.
Sedangkan perintah untuk tidak melakukan gangguan adalah sebagai isyarat untuk
menjauhkan diri dari perbuatan menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
Lalu perintah menjawab salam adalah isyarat untuk menghormati orang yang
melalui jalan tersebut. Sementara amar makruf nahi mungkar adalah isyarat untuk
menerapkan semua yang disyariatkan dan meninggalkan semua yang tidak
disyariatkan. Antara pengajaran yang dapat diambil daripada hadith ini ialah:
- Menundukkan pandangan terutamanya terhadap wanita agar tidak menimbulkan fitnah.
- Menjaga pandangan agar tidak menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
- Memberi dan menjawab salam sebagai cara menghormati orang lain.
- Melakukan amar makruf dan mengelakkan nahi mungkar.
RUJUKAN
Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 22. Halaman 54-57.
Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim(Perbuatan Aniaya). Bab 22. Halaman 54-57.